Ahli Jawatankuasa

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PENGGUNA SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2012-2014

Bil

Jawatan

Nama

1.

Presiden

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

2.

Timbalan Presiden

Dato’ Paul Selvaraj a/l Joseph Thamby

3.

Setiausaha Kehormat

Siti Rahayu binti Zakaria 

4.

Penolong Setiausaha

Norli binti Baharin

5.

Bendahari Kehormat

Chan Kah Chi

6.

Ahli Jawatankuasa

Ratna Devi Nadarajan

7.

Ahli Jawatankuasa

Yu Kin Len

8.

Ahli Jawatankuasa

Saravanan Thambirajah

9.

Ahli Jawatankuasa

Nirmala A/P Komandai

10.

Ahli Jawatankuasa

Che Li Chin

11.

Ahli Jawatankuasa

Foon Weng Lian

12.

Ahli Jawatankuasa

Onn May Ling

Objektif Penubuhan

  1. Menjaga dan memastikan nilai kehidupan para pengguna dengan hak-hak dan tanggungjawab mereka.
  2. Menjalankan kajian yang bebas dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak ke atas keperluan pengguna dan membuat cadangan kepada pihak kerajaan dan swasta.
  3. Menasihati pengguna dan menyelesaikan aduan mereka.
  4. Memastikan harga barang seimbang dengan mutu, berat dan nilai barang yang dijual bagi kegunaan orang awam.
  5. Berusaha untuk mendapat dan membaiki undang-undang.
  6. Menyebarkan maklumat yang berguna melalui penerbitan, seperti majalah, risalah, akhbar dan program pendidikan, seperti bengkel, seminar, ceramah dan lain-lain.
  7. Mewakili pengguna dalam pelbagai agensi kerajaan dan  badan berkanun.

 

Sejarah Penubuhan

Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan (SWPCA) telah ditubuhkan pada 23 Januari 1965. Ia merupakan persatuan pengguna yang mula-mula sekali didaftarkan di Malaysia. Pada tahun 1968, SWPCA menjadi ahli gabungan Pertubuhan Antarabangsa Kesatuan Pengguna (IOCU), yang kini dikenali sebagai Consumers International. Pada tahun 10 Jun 1973, SWPCA telah turut terlibat dalam menubuhkan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Mengenai SWPCA

Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan (SWPCA) merupakan pergerakan sivik sukarela yang tidak berunsurkan keuntungan, bebas daripada kegiatan perkauman, keagamaan dan kepartian. Kewujudan SWPCA adalah untuk memperjuang kepentingan pengguna. SWPCA bertindak untuk menentukan para pengguna mendapat hak-hak mereka. Ia bukan sahaja memastikan nilai wang yang maksimum bagi pengguna, tetapi ia juga bertindak untuk memastikan hidup kehidupan rakyat keseluruhannya tidak terancam.

FOMCA App

NCCC - E-Aduan

Klik disini untuk membuat Aduan secara online
Atau
Hubungi Kami di talian
03 7877 9000
untuk membuat aduan

NCCC - Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan pengguna

 

KonsumerKINI